≡ Menu

Cara Pembahagian Daging Aqiqah

Cara Pembahagian Daging Aqiqah

Soalan; Apakah cara pembahagian daging aqiqah?

Jawapan;

Cara pembahagian daging aqiqah sunat merangkumi tiga iaitu; dimakan oleh orang yang melakukan aqiqah dan keluarganya, disedekahkan kepada fakir miskin dan dihadiahkan kepada jiran atau sahabat-handai.[1] Namun tidak sebagaimana daging korban yang sunat diberikan mentah, daging aqiqah sunat dimasak, yakni disedekah atau dihadiahkan setelah dimasak. Masakan pula disunatkan yang manis sebagai bertafaul (yakni menaruh harapan baik) agar bayi yang dilahirkan itu akan manis/elok akhlaknya. Harus sama ada hendak menghantar daging yang dimasak itu ke rumah fakir miskin atau menjemput mereka memakannya di rumah. Namun menghantar masakan kepada mereka lebih afdhal dari memanggil/menjemput mereka ke rumah.

BACA:  Syarat Umur Kambing Aqiqah

Namun dikecualikan dari dimasak itu kaki binatang korban[2] di mana ia sunat diberikan kepada bidan yang menyambut bayi (القابلة) dalam keadaan mentah (yakni tidak dimasak). Diriwayatkan dari Saidina Ali r.a. yang menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. telah menyuruh Fatimah r.a. di mana baginda bersabda;

زني شعر الحسين، وتصدقي بوزنه فضة، وأعطي القابلة رجل العقيقة

BACA:  Kambing Aqiqah Murah Johor Bahru

“Timbanglah rambut Husin dan bersedekahlah seberat timbangannya akan perak. Dan kamu berilah kepada bidan yang menyambutnya akan kaki binatang aqiqah”. (Riwayat Imam al-Baihaqi dan al-Hakim/al-Jami’ as-Saghir, hadis no. 4567. Menurut Imam as-Suyuti; hadis ini soheh).

Wallahu A’lam.

Rujukan;

1. Al-Iqna’, jil. 2.
2. Sabilal-Muhtadin, hlm. 912.
3. Al-Fiqhul-Wadhih, jil. 1
[1] Al-Majmu’, jil. 8, hlm. 322.
[2] Dalam kitab Sabilal-Muhtadin disebutkan; “…kaki kanan sampai ke batang paha binatang aqiqah…”. (Hlm. 915)

BACA:  Kambing Aqiqah Murah Kuala Lumpur
Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Untuk tempahan kambing aqiqah, klik button di bawah untuk WhatsApp team sales kami. Kambing Aqiqah WhatsApp Button
0 comments… add one

Leave a Comment

CommentLuv badge

Open chat
Ada soalan?
Assalamualaikum,
Boleh saya bantu?