≡ Menu

Hukum Aqiqah Anak Yang Mati – Ustaz Azhar Idrus

Hukum Aqiqah Anak Yang Mati

SOALAN :

Saya ingin tahu adakah anak yang mati ketika dilahirkan juga kena lakukan aqiqah?

JAWAPAN :

Hukum melakukan aqiqah sebab melahirkan anak adalah sunat muakkad bukannya wajib.

Tuntutan melakukannya ialah atas orang tuanya atau penjaganya sebelum kanak-kanak itu baligh.

Dan kanak-kanak yang meninggal dunia selepas dilahirkan juga disunatkan aqiqah.

BACA:  Aqiqah Seekor Kambing Bagi Bayi Lelaki, Boleh ke?

Berkata Imam Nawawi :

لو مات المولود بعداليوم السابع بعد التمكن من الذبح فوجهان حكاهما الرافعي، اصحهما يستحب ان يعق عنه، والثاني يسقط بالموت

Artinya : “Kalau kanak-kanak yang dilahirkan meninggal dunia selepas hari yang ketujuh selepas dari ada kemampuan melakukan aqiqah maka ada dua pendapat yang telah menghikayatkan keduanya oleh Imam Ar-Rafie yaitu pendapat yang paling sahih disunatkan aqiqah daripadanya dan pendapat yang kedua gugur sunat aqiqah dengan sebab meninggal dunia.” (Kitab Al-Majmu’)

BACA:  Hukum Aqiqah Untuk Anak Angkat

Kesimpulannya anak yang meninggal dunia ketika dilahirkan adalah disunatkan melakukan aqiqah daripadanya.

wallahua’lam
ustaz azhar idrus

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Untuk tempahan kambing aqiqah, klik button di bawah untuk WhatsApp team sales kami. Kambing Aqiqah WhatsApp Button
0 comments… add one

Leave a Comment

CommentLuv badge

Open chat
Ada soalan?
Assalamualaikum,
Boleh saya bantu?