≡ Menu

Hukum Mewakilkan Pihak Lain Melaksanakan Aqiqah

Hukum Mewakilkan Pihak Lain Melaksanakan Aqiqah

Hukum Mewakilkan Pihak Lain Melaksanakan Aqiqah

1. Bolehkah melaksanakan aqiqah anak di tempat lain atau di luar negeri?

Bagi menjawab pertanyaan tersebut, maka di sini kita kemukakan pandangan Sayid Al-Bakri dalam kitabnya I’anatut Tolibin, beliau menyatakan bahawa sah dan boleh berwakil pada pembelian korban dan aqiqah, dan boleh pula berwakil untuk menyembelihnya walaupun orang yang empunya diri berada di luar negeri. Wallahuaklam

2. Bolehkah mewakilkan penyembelihan aqiqah anak kepada pihak tertentu?

BACA:  Hari Terbaik Melakukan Aqiqah

Telah menjadi suatu amalan umat Islam di mana-mana bahawa mereka mewakilkan pihak lain melaksanakan aqiqah, sama ada imam masjid, tukang sembelih atau syarikat tertentu seperti yang berlaku di Makkah sama ada pada musim Haji mahupun di luar musim Haji. Maka mewakilkan penyembelihan aqiqah contohnya kambing aqiqah kepada pihak lain yang dipercayai dan amanah adalah suatu yang dibenarkan oleh agama bagi memudahkan umat Islam melaksanakannya. Ini bertepatan dengan pendapat Sayid Al-Bakri di dalam kitabnya I’anatut Tolibin. Wallahuaklam

BACA:  Kambing Aqiqah Murah Johor Bahru

3. Bolehkah seseorang itu melaksanakan aqiqah tanpa melihat penyembelihan haiwan aqiqahnya?

Sayid Al-Bakri dalam kitabnya I’anatut Tolibin menyatakan bahawa adalah sah dan boleh berwakil pada pembelian korban dan aqiqah dan boleh pula berwakil untuk menyembelihnya walaupun orang yang empunya diri berada di luar negeri. Ini bermakna orang yang dimaksudkan oleh Sayid Al-Bakri itu sudah tentu tidak dapat melihat sendiri aqiqah yang dilaksanakan bagi pihaknya oleh pihak tertentu. Maka hukumnya adalah dibolehkan. Wallahuaklam

Untuk tempahan kambing aqiqah, klik button di bawah untuk WhatsApp team sales kami. Kambing Aqiqah WhatsApp Button
0 comments… add one

Leave a Comment

CommentLuv badge