
Soalan; assalamu alaikum, ustaz. Saya ada mengambil anak angkat dari kecil. Bolehkah saya buat aqiqah untuk anak angkat saya? terima kasih
Jawapan;
Bismillah, walhamdulillah, wassolatu ‘ala Rasulillah.
Aqiqah anak pada hukum asalnya dituntut dari orang yang menanggung nafkah si anak (iaitu bapa atau datuknya. Bagi anak luar nikah, aqiqahnya dilakukan oleh ibu kerana ibunya yang wajib menanggung nafkahnya). Jika hendak dilakukan oleh orang lain, hendaklah dengan keizinan mereka. Tanpa keizinan mereka, aqiqah itu tidak dikira. Itulah yang menjadi pandangan jumhur ulamak termasuk mazhab Syafiie. [continue reading…]